Saturday 27 May 2017

perancangan ;






Bismillahirrahmanirrahim


Tutup mata.Tarik dan hela nafas.

Oh aku masih bernyawa.Dan hari ini adalah 1 Ramadhan 1438  // 27 Mei 2017.
Allah masih beri aku kesempatan,menggerakkan otot-otot,jantung berdegup,paru-paru memproses oksigen,badan bergerak,otak berfungsi sempurna.

Apa lagi yang kelihatan tidak cukup? Setelah semua yang diberi,alam semesta terbentang luas untuk dijelajahi,bumi untuk dihuni,adalah no frequirement of payment.

Okay mukaddimah? Done.

Surely takdelah berkaitan sangat but never mind.
Okay!

So,my life? Going on well till now.Ex-samtenian.Now pelajar MRSM Muar.


Oh kenapa pilih sekolah yang tak ada bi'ah dini? Yang menerapkan dan mendidik agama.Kenapa bukan sekolah agama? Ruginyaaa lah pindah dari sekolah agama.


Di sini saya akan menerangkan segalanya.Kenapa saya pindah? Paling penting kenapa di situ?

Pertama kali terfikir untuk pindah adalah lebih kurang beberapa bulan sebelum PT3 tiba.Pertama,ya memang saya ada seorang kawan lama di situ.But,well that's not actually the main reason of me going there.

Saya nak buktikan sesuatu.

Masyarakat zaman sekarang terlampau sempit pemandangannya.Semua mentaliti mereka kebanyakannya adalah bergantung pada stereotaip yang seringkali disampaikan dari mulut ke mulut,kadang kala kesahihannya menjadi tanda tanya.

Stereotaip apakah yang saya cuba maksudkan ini? Oh.

Stereotaip mengenai bahawa hanya budak sekolah agama yang berakhlak mulia,yang betul-betul menjaga.Jika mahu cari menantu alim,lagi menyejukkan mata,baik cari di sekolah agama.Dan,environment di sekolah bukan sekolah agama,yang tidak menjadikan pelajaran agama sebagai mata pelajaran terpentingnya,dipenuhi dengan pengaruh-pengaruh buruk.

Yalah.Tiada siapa yang ingin menjaga.Oleh itu,tiada siapa yang ingin dijaga.

Ya,seperti 'masyarakat zaman sekarang' itu,saya juga punya pemikiran yang sama.Mesti ramai bermaksiat di sana sini ataupun pergaulan yang terlalu bebas berlaku di mana-mana,tambahan pula guru-guru yang mungkin lansung tak ambil peduli.Tak apa,asalkan pelajar-pelajar aku dapat markah terbaik untuk subjekku.

Tapi,pandangan saya meleset setelah saya melihatnya sendiri.Oh mungkin situasi berbeza di sekolah berbeza,tapi,well you get it,right.

Ya,ia bukan bi'ah islamiyyah seperti di sekolah agama,tapi saya mempelajari lebih banyak amalan yang diamalkan berbanding di sekolah lama saya.

Sebagai contoh,membaca tasbih kifarah setiap kali selepas kelas,dan setiap kali membaca doa mesti menghadap kiblat.

Bukan nak membandingkan.Ya islamiknya di sekolah agama adalah lebih tinggi berbanding di mrsm tapi,apa yag cuba saya sampaikan adalah keadaan di sekolah seperti ini tidak seteruk sperti yang dijangka semua.

Hence,
Saya ingin buktikan bahawa saya takkan mudah terpengaruh.Bukan nak kata iman kuat.Tidak,iman saya mungkin tak sekuat,tak seutuh kalian.

Apa yang ingin saya bawa adalah dakwah.

Hijrah dan dakwah.

Dan nak biasakan diri dengan situasi di mana masyarakat tidak begitu,secara tegasnya,menjaga.Saya mengaku memang agak kekok.Sangat kekok pada mulanya.

"Aisyah,aku nak ingatkan kau,kat sini tak sama macam kat sam10," seorang sahabat berkata.

Ya,sukar nak biasakan dengan keadaan sebegitu.

Orang itu sangat baik.Saya tak pernah sangka dia sebenarnya ber'couple'.Orang itu sangat baik,saya tak sangka dia tak menjaga kata-kata.Orang itu sangat baik,saya tak sangka dia menipu saya.

Semua mempunyai definisi 'baik' masing-masing.Begitu juga saya.

"Aku nak jadi baik!"

Sejauh mana dan apakah makna 'baik' dalam kamus hidup kita?

Oleh itu,saya tidak mahu mudah terpengaruh.Saya punya misi,dan misi tersebut memerlukan strategi demi pelaksanaannya

Saya simpan dalam-dalam dahulu,perasaan yang membuak itu.Saya harus sedar pada realitinya,saya pelajar baru,mereka belum kenal saya.(Well,seperti mana 01 phoenix di sam10 hadap dengan perangai saya ketika di sana hikhik).Jadi saya ingin bina ikatan yang kukuh dahulu.

Sebelum perancangan itu dijalankan.Eveything orchestrated shall click in place one day.

Saya tak nak semua orang benci saya sebelum saya dapat memulakan rancangan tersebut.Oh,musnahlah plan saya kalau begitu!

I appear as happy as I could..plus a dash of weirdness.

Saya menjadi orang yang sangat berbeza di maktab,berbanding di rumah dan ketika di sam10 dahulu.Saya lebih suka perhatikan sekeliling,bermonolog pada diri berbanding meluahkannya kepada orang lain.Saya berubah menjadi seseorang yang kurang moody,sebab saya sedar betapa annoyingnya melihat orang yang muka sentiasa masam tak kenal tempat dan masa ni.

Saya benci kurang gemar tengok orang macam tu.Emosional tak mengira tempat,situasi dan masa.So,kalau saya tak suka orang sebegitu (#keladak bak kata maklong) semestinya orang lain lebih tidak suka sekiranya saya turut menjadi sebegitu.

Muka ketat je sepanjang masa.

Saya mempunyai riak wajah yang serious setiap masa yang memang sangat sukar untuk diubah.Tetapi,saya cuba untuk senyum kepada semua orang yang saya jumpa.Mereka mungkin ada isu dengan orang lain,kawan-kawan saya ada yang membencinya,tetapi dia tidak pernah ada isu,or buat salah besar pada saya.

Oleh itu,pada saya dia tidak layak untuk mendapat layanan buruk dari saya. (And seriously speaking,no one,I mean NO ONE wants that layanan buruk from Aisyah Rizal #sajejecakap)

Saya hanya akan aktifkan mode kejam saya hanya apabila situasi sudah kritikal.Saya memang nampak lemah dan mengikut telunjuk orang sentiasa,tapi perkara yang paling saya tak benci adalah apabila dipijak kepala.

There's a hidden,isolated switch in my head in which you dare to do that,that switch will flip,and it will never be flipped back to normal.

Saya ambil masa 2 tahun untuk bina pendinding kesabaran yang benar-benar utuh dan berkualiti agar perkara yang tidak diingini berlaku lagi.Cukuplah saya sakitkan orang.Saya kadangkala pandang dari saya seperti raksasa di sebalik topeng.

"Jangan cakap dengan mereka atau endingnya mereka akan sakit,kau tak serik lagi ke?,"saya kerap bermonolog.

Tapi saya tak nak itu halang dakwah saya.Perancangan saya akan tetap berjalan,apabila masanya tiba.

Ya,saya tidak sempurna.Ada berjuta lagi orang lain kat sam10,kat maktab,kat seluruh dunia yang jauh lebih baik dari saya.

Tapi post saya pada hari ini bukan kerana saya nak tunjuk baik.

"Oh,minah ni nak berdakwahlah kononnya,post kat blog dia.Bagi orang tahu."


Hah.Ya Allah,bersihkan hati hamba-Mu dari penyakit hati.I'm telling people out there,clarifying to make them understand.


Saya tak sepopular sesetengah orang.Saya mungkin tidak dikenali pun,dan perancangan yang saya ingin jalankan ini bukan untuk meningkatkan populariti saya.Saya cuma nak sumbang usaha yang pada hakikatnya sebesar mikro ni untuk agama Allah.

Ia sangat kecil,tak bawa nilai sangat pun.Tapi saya nak cuba membantu seberapa boleh,semana mampu.

Slowly,slowly.Jangan rushing! Jangan kibut!

Tak kira jawatan apa yang bakal saya ambil kelak,saya tekad untuk tetap meneruskan rancangan ini.
Saya harap semua yang membaca post ini akan mendoakan saya agar saya takkan berubah ke arah keburukan dan tetap tekad.


Maaf andai ada kata saya yang kasar atau tidak memuaskan hati semua.Selamat menyambut Ramadhan and selamat berpuasa ! #2k17









2 comments:

  1. Aisyah, aku termotivasi! Aku sapot kau. Kuat demi agama insyaAllah. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete