Monday 5 June 2017

Iman ;




"Kita ada Tuhan,kenapa kita lagi percayakan manusia?"


Kadang-kadang saya terfikir.Saya bergantung harap pada Tuhan,pada lafaznya.Ya.
Hati kata begitu juga,seiring dengan bicara.

Tapi,kadang-kadang juga saya tertanya-tanya.
Adakah benar pada perbuatan saya? Does it really fits with how I actually act? In actuality,no

Pada hakikatnya,kita lebih percaya dan meletakkan harapan pada manusia.Sebab,ia lebih zahir pada pandangan mata.Ya,kita tak nampak pahala dan dosa,syurga dan neraka tapi bermakna ia tidak benar,kan?

Kerana Allah janji Dia akan balas setiap perbuatan kita,baik ataupun buruk,untuk galakkan kita lebih banyak beribadah dan buat kebaikan.Tapi,sebab balasan yang diberi tidak berupa hadiah yang mahal dan ekslusif mahupun hajat yang kita inginkan,kita mudah lupa dan hilang kepercayaan.

Itulah iman bersifat materialistik.

Oh.Kalau begitu benarlah kata orang tentang iman manusia terhadap manusia lebih tinggi dari Tuhan.
Tapi

Iman manusia terhadap objek keduniaan yang diingini adalah lebih tinggi dari segalanya.Untuk iman seperti ini,makanannya hanyalah TAMAK.

Kalau nak tingkatkan keimanan terhadap Allah melalui makanan rohani,seperti beribadah,
Maka santapan 'rohani' buat si mukmin materialistik adalah ketamakan yang menggunung tinggi.

Hah.Manusia kerap alpa.Tak apa lepas jatuh kita bangkit.Move on,katanya

Indahnya bicara! Lebih indah kalau bukan sekadar kata-kata.Kosong.Janji tiada makna.

Itu janji pada diri.Pada Tuhan.

"Ibadah bukannya boleh bagi untung sekarang pun.Nanti kat akhirat baru rasa.Baik habiskan kerja yang menggunung tinggi ni.Takpe,Allah kan Maha Penyayang.Dia mesti faham hamba-Nya ni.."

"Oh,aku bukannya nak skip solat! Aku cuma nak buat nanti je.Kecohlah kau."


"Ala,kau takyahlah nak rushing sangat.Movie kau tinggal setengah jam je lagi,nanti habis baru kau solat.Bertangguh kan tak elok.Lagipun bila lagi nak dapat peluang??" bisik syaitan kepada telinga sang manusia yang tersumbat.Disumbatkan dengan kelalaian.

Oh tak apa.Allah kan Maha Pengampun.

Manusia memang gemar cipta alasan.Akal yang diberikan memang untuk dianugerahkan untuk digunakan bagi mencipta alasan bagi membela dosa agar nampak biasa.Hias maksiat agar nampak cantik.Itu memang tugas syaitan.

Tapi,nampak gayanya manusia juga boleh menggalas tugas tersebut dengan amat baik.So,manusia ni macam syaitan ke? Entah.Bergantung pada cara kau melihatnya.

Bunyi macam kasar,kan.Tapi benarlah,reality hits us hard.Hipokritnya kita hanya bila depan member2,depan parents.

Lagi parents si dia kan

Baik budak ni,kan.Tak menyesal ambil jadi menantu.Menantu mithali!

Hah,iman menggunung tinggi.Tu kau dapat lagi! Material keduniaan yang berlandaskan nafsu kau yang tamak haloba.

Nak lagi.Nak lagi.NAK LAGIII!

Dia dah bagi kau semua.Kau je rase tak cukup.Hebatkan manusia.Sangat kecil pada hakikatnya tapi impiannya untuk memilik segalanya.

SEGALANYA.

biar kaut semua keuntungan,biar aku jadi paling kaya HAHA!

Seram kan bunyinya? Manusia dah tak berupa manusia.Tak bunyi macam manusia dah.Itulah titik permulaan hilangnya sifat kemanusiaan.

Dah tak cukup,nak jadi pencabut nyawa pula?

OH.Selagi disuap,selagi tu 'iman'nya menggunung tinggi.

Akhirnya hilang rasa berdosa,khayal dengan dunia.Akhirat bila?

"Oh,aku mati lama lagi kut.Apa ada hal,ibadah aku dah cukup kot.Solat 5 waktu,puasa tak pernah miss,sedekah,haih tak pernah kurang,hmm,apa lagi?Dah la tu.Cukuplah.Berapa banyak lagi aku kena buat? Penat !"

Oh.Kesian.Penat,katanya.Lantang betul dia berbicara.Ibadah sudah cukup baginya.

Ingatlah sayang,manusia dimasukkan ke syurga bukan kerana banyaknya ibadah dan amalan semata,itu hanya kiraan sampingan.Orang kata,bonus.

Manusia masuk syurga semuanya kerana redha Allah.

Orang tak banyak ibadah,tapi dia tak pernah sombong dan dia cuba untuk perbaiki dirinya tapi tak sempat di tengah jalan.Boleh jadi Allah lagi redha dia,daripada orang yang beratus tahun beribadah tapi sombong dan terlalu selesa.

Wallahua'alam.Ibadah orang,hubungan dia dengan Allah hanya Allah layak untuk menilai.

Haih.Kalau at least one day tadabbur Al-Qur'an mungkin dia akan lebih mengerti.

However.

Start slowly.Jangan terburu-buru.Merangkak sebelum bertatih.Bertatih sebelum berjalan.Berjalan sebelum berlari.

Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun

Dia akan tunggu.Sentiasa tunggu hamba-Nya untuk patah balik bila sesat jalan.Patah balik ke Dia.Mula balik.

Ya,jangan risau.Kalau tak sempat pun,itu suatu jihad.Allah kan dah janji.Janji Allah kan pasti.

Asalkan selepas sedar,terus bergerak.Hidayah susah nak datang kat kita bergolek.

Akhirnya Allah lebih tahu kan.Perubahan itu jihad yang membawa makna dan kesan pada hati.Ya,ia bersifat sementara kerana Allah cipta hati manusia ni berbolak-balik.So cara untuk kekalkannya adalah by contacting with Allah from time to time.

And that is by reading the holy Qur'an Allah gave us.All of us.

Sikit-sikit,tak apa.Asalkan yang sikit tu benar-benar murni.


No comments:

Post a Comment