Monday 19 March 2018

harap ;


"Tuhan sedang memberi apa yang kau perlukan,bukan apa yang kau mahu."

Humans sometimes have the tendency to blame something/someone other than themselves in regards of something bad that occured.

Ya benar.
Salahkanlah Tuhan yang bagi kau semua ujian yang tak tertanggung beratnya.
Salahkanlah Tuhan yang uji kau sampai kau rasa kau dah tak tahan.

Hati kita tak kuat,fizikal kita tak kuat.Kenapa Tuhan bagi jugak? Kenapa?

Sakit,pedih tak ada siapa yang faham derita yang kita tanggung.

Tapi Tuhan dah kata bahawa Dia lagi dekat dari urat leher kita.Mungkin kita tak faham lagi?

Allah dah cukup dekat tapi kita lebih prefer untuk luahkan kat orang lain,kononnya nak share beban tu sama-sama

Berapa kali kau nak kena tipu? Manusia ni sekejap je datang,nanti dia pergi jugak.Dia kena pergi jugak.Takkan nak berharap pada benda yang boleh menipu,yang boleh tinggalkan kita kelak?

Bila kelak manusia itu pergi,pada siapa kau ingin bergantung harap?
Hati kau tak kuat nak tanggung seorang.Kau tak mampu.Kau nak menangis,air mata sampai tak boleh keluar dah.Dalam tangki air mata tu rasa macam dah kontang.Muka sembam,mata bengkak,tekak kering.

Tapi esok kita kena lalui lagi perkara yang sama.Ya Allah macam manalah nak hadapi hari-hari seterusnya.Can I even stand it even for another day? Can I actually remain strong as I was once before it all took place?  

  

Tapi ingatlah dik.Kalau hati kita serapuh itu takkan Allah nak uji kita seberat yang kita sendiri tak sanggup? Allah yang ciptakan kita,Allah lebih kenal kita dan Dia tahu ujian jenis apa yang paling paling PALING sesuai untuk kita.Allah berfirman:


لا يكلف الله نفساً إلا وسعها    

"bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)"

Sebab apa? sebab Allah tahu hamba-Nya kuat.Kalau tak,Allah biar je kita terkapai-kapai dalam kebahagiaan dunia yang tak berapa nak kekal lama sangat pun.

Kita takkan berada dalam zon selesa selama-lamanya,sayang.Sampai masa kita kena keluar.Sampai masa kita kena keluar.

Persoalannya,hati kita ni cukup kuat ke nak hadapi kepayahan itu?
Persoalannya,kepada siapa lagi akan kita bergantung harap?

Pergilah tagih simpati kawan-kawan kau yang kau kata akan sentiasa bersama dengan kau susah senang.Pergilah tagih simpati boyfriend/girlfriend yang kau kata sehidup semati

Tapi,kita masih harus percaya yang at the end of the day,yang kena hadapi semua itu adalah KITA.

Bukan kawan-kawan kita,yang mungkin ada sesetengah pada masa itu langsung taknak tolong pun,
Bukan girlfriend/boyfriend,kerana hubungan yang tidak halal lantas membawa kepada lebih banyak heartbreaks

Jadi,tanya pada diri.Pada siapa kau bergantung harap?


Manusia boleh tinggalkan kita,beb.Kalau waktu kita tengah susah sangat-sangat,rasa macam nak mati pun mereka nak tinggalkan,mereka akan tetap tinggalkan kita.Allah cipta hati manusia berbolak-balik,dan ada juga yang talam dua muka.Ada juga yang Allah lebih sayangkan dia.

Tak salah nak minta tolong manusia.Pergilah.Apa guna sahabat,apa guna ukhuwah fillah abadan abada yang dijanjikan bersama? Ceritalah kepada teman-temanmu,tak apa.

Tetapi,andai kata suatu hari nanti kita ditimpa suatu ujian yang sangat sangat berat,ingatlah.Andainya mereka tinggalkan kita,wahai kawan,bukan kerana Allah tak sayang kita dengan menambahkan lagi musibah.

Tetapi Allah nak kita buka mata seluas-luasnya,bagi kita nampak.Siapa kawan siapa bukan.Dan Allah nak kita sedar bahawa pada siapakan sebenar-benarnya harus kita bergantung harap?

Soalan yang acapkali diulang,bagi anda lebih memahami mesej yang ingin saya sampaikan.

Objektif utama Allah turunkan ujian itu kepada kita,Hamba-Nya adalah untuk kita sentiasa sedar bahawa Dia ada andai kita rasa kita lemah.

Kita jatuh,Dia bangunkan.Kita berdiri megah,Dia beri kita ujian agar kita kembali.
Sebab semegah-megah kita,lupa macam mana pun,Allah tetap ada dengan kita.

Semalam banyak dosa kita buat,banyak maksiat kita lakukan.Tapi esok harinya Allah masih bagi peluang untuk bernafas.Nikmat terbesar yang kita seringkali rasa kecil.
Itu sudah lebih dari cukup nak menunjukkan Allah ada dengan kita,dan masih sayangkan kita dengan memberi lagi peluang.

Ujian diberi untuk melihat sejauh mana kita mampu untuk laluinya.Cara kita melaluinya.Ada ujian yang mendekatkan manusia kepada-Nya,ada yang lebih menjauhkan.Nauzubillahminzalik

Itulah sebab saya cakap.
Our ways of handling and our ways of interpreting,differs to every person,even though we're in the same situation.

Bergantung kepada cara kau melihatnya dan menghadapinya.
Positif atau negatif?
Kembali kepada Dia atau lagi jauhkan diri dari Dia?
Bergantung harap pada siapa?

Dear readers,kita semua kuat.Kalian kuat.Ingatlah.Tika kau bertanya pada dirimu,"Kenapa aku?"

Jawapannya simple,"Baliklah.Allah nak kau balik pada Dia."


Baik kan Allah? Setiap ujian yang Dia beri,semua ada hikmah.Antara nampak dengan tak nampak je.


Okayy haha macam stress semacam kan post kali ni.

Jangan stress-stress,bruh.Allah kan ada :')) 
Istighfarlah dan berdoa pada Dia dengan seikhlas hati.In sha Allah,Allah akan bantu .


Doakan saya nak US2 naik cuti ni huuuuuuuuu
Goodluck kalau ada readers yang nak exam juga or spm ke tahun ni (macam saya haha).

Alhamdullilah.Thank you.

Assalamualaikum ~\^0^/~




















3 comments:

  1. Such a good advices Aisyah...thanks, btw ingat kita lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Terima kasih :)) Minta maaf,,sape ye??

    ReplyDelete