Monday, 19 March 2018

harap ;


"Tuhan sedang memberi apa yang kau perlukan,bukan apa yang kau mahu."

Humans sometimes have the tendency to blame something/someone other than themselves in regards of something bad that occured.

Ya benar.
Salahkanlah Tuhan yang bagi kau semua ujian yang tak tertanggung beratnya.
Salahkanlah Tuhan yang uji kau sampai kau rasa kau dah tak tahan.

Hati kita tak kuat,fizikal kita tak kuat.Kenapa Tuhan bagi jugak? Kenapa?

Sakit,pedih tak ada siapa yang faham derita yang kita tanggung.

Tapi Tuhan dah kata bahawa Dia lagi dekat dari urat leher kita.Mungkin kita tak faham lagi?

Allah dah cukup dekat tapi kita lebih prefer untuk luahkan kat orang lain,kononnya nak share beban tu sama-sama

Berapa kali kau nak kena tipu? Manusia ni sekejap je datang,nanti dia pergi jugak.Dia kena pergi jugak.Takkan nak berharap pada benda yang boleh menipu,yang boleh tinggalkan kita kelak?

Bila kelak manusia itu pergi,pada siapa kau ingin bergantung harap?
Hati kau tak kuat nak tanggung seorang.Kau tak mampu.Kau nak menangis,air mata sampai tak boleh keluar dah.Dalam tangki air mata tu rasa macam dah kontang.Muka sembam,mata bengkak,tekak kering.

Tapi esok kita kena lalui lagi perkara yang sama.Ya Allah macam manalah nak hadapi hari-hari seterusnya.Can I even stand it even for another day? Can I actually remain strong as I was once before it all took place?  

  

Tapi ingatlah dik.Kalau hati kita serapuh itu takkan Allah nak uji kita seberat yang kita sendiri tak sanggup? Allah yang ciptakan kita,Allah lebih kenal kita dan Dia tahu ujian jenis apa yang paling paling PALING sesuai untuk kita.Allah berfirman:


لا يكلف الله نفساً إلا وسعها    

"bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)"

Sebab apa? sebab Allah tahu hamba-Nya kuat.Kalau tak,Allah biar je kita terkapai-kapai dalam kebahagiaan dunia yang tak berapa nak kekal lama sangat pun.

Kita takkan berada dalam zon selesa selama-lamanya,sayang.Sampai masa kita kena keluar.Sampai masa kita kena keluar.

Persoalannya,hati kita ni cukup kuat ke nak hadapi kepayahan itu?
Persoalannya,kepada siapa lagi akan kita bergantung harap?

Pergilah tagih simpati kawan-kawan kau yang kau kata akan sentiasa bersama dengan kau susah senang.Pergilah tagih simpati boyfriend/girlfriend yang kau kata sehidup semati

Tapi,kita masih harus percaya yang at the end of the day,yang kena hadapi semua itu adalah KITA.

Bukan kawan-kawan kita,yang mungkin ada sesetengah pada masa itu langsung taknak tolong pun,
Bukan girlfriend/boyfriend,kerana hubungan yang tidak halal lantas membawa kepada lebih banyak heartbreaks

Jadi,tanya pada diri.Pada siapa kau bergantung harap?


Manusia boleh tinggalkan kita,beb.Kalau waktu kita tengah susah sangat-sangat,rasa macam nak mati pun mereka nak tinggalkan,mereka akan tetap tinggalkan kita.Allah cipta hati manusia berbolak-balik,dan ada juga yang talam dua muka.Ada juga yang Allah lebih sayangkan dia.

Tak salah nak minta tolong manusia.Pergilah.Apa guna sahabat,apa guna ukhuwah fillah abadan abada yang dijanjikan bersama? Ceritalah kepada teman-temanmu,tak apa.

Tetapi,andai kata suatu hari nanti kita ditimpa suatu ujian yang sangat sangat berat,ingatlah.Andainya mereka tinggalkan kita,wahai kawan,bukan kerana Allah tak sayang kita dengan menambahkan lagi musibah.

Tetapi Allah nak kita buka mata seluas-luasnya,bagi kita nampak.Siapa kawan siapa bukan.Dan Allah nak kita sedar bahawa pada siapakan sebenar-benarnya harus kita bergantung harap?

Soalan yang acapkali diulang,bagi anda lebih memahami mesej yang ingin saya sampaikan.

Objektif utama Allah turunkan ujian itu kepada kita,Hamba-Nya adalah untuk kita sentiasa sedar bahawa Dia ada andai kita rasa kita lemah.

Kita jatuh,Dia bangunkan.Kita berdiri megah,Dia beri kita ujian agar kita kembali.
Sebab semegah-megah kita,lupa macam mana pun,Allah tetap ada dengan kita.

Semalam banyak dosa kita buat,banyak maksiat kita lakukan.Tapi esok harinya Allah masih bagi peluang untuk bernafas.Nikmat terbesar yang kita seringkali rasa kecil.
Itu sudah lebih dari cukup nak menunjukkan Allah ada dengan kita,dan masih sayangkan kita dengan memberi lagi peluang.

Ujian diberi untuk melihat sejauh mana kita mampu untuk laluinya.Cara kita melaluinya.Ada ujian yang mendekatkan manusia kepada-Nya,ada yang lebih menjauhkan.Nauzubillahminzalik

Itulah sebab saya cakap.
Our ways of handling and our ways of interpreting,differs to every person,even though we're in the same situation.

Bergantung kepada cara kau melihatnya dan menghadapinya.
Positif atau negatif?
Kembali kepada Dia atau lagi jauhkan diri dari Dia?
Bergantung harap pada siapa?

Dear readers,kita semua kuat.Kalian kuat.Ingatlah.Tika kau bertanya pada dirimu,"Kenapa aku?"

Jawapannya simple,"Baliklah.Allah nak kau balik pada Dia."


Baik kan Allah? Setiap ujian yang Dia beri,semua ada hikmah.Antara nampak dengan tak nampak je.


Okayy haha macam stress semacam kan post kali ni.

Jangan stress-stress,bruh.Allah kan ada :')) 
Istighfarlah dan berdoa pada Dia dengan seikhlas hati.In sha Allah,Allah akan bantu .


Doakan saya nak US2 naik cuti ni huuuuuuuuu
Goodluck kalau ada readers yang nak exam juga or spm ke tahun ni (macam saya haha).

Alhamdullilah.Thank you.

Assalamualaikum ~\^0^/~




















Monday, 5 June 2017

Iman ;




"Kita ada Tuhan,kenapa kita lagi percayakan manusia?"


Kadang-kadang saya terfikir.Saya bergantung harap pada Tuhan,pada lafaznya.Ya.
Hati kata begitu juga,seiring dengan bicara.

Tapi,kadang-kadang juga saya tertanya-tanya.
Adakah benar pada perbuatan saya? Does it really fits with how I actually act? In actuality,no

Pada hakikatnya,kita lebih percaya dan meletakkan harapan pada manusia.Sebab,ia lebih zahir pada pandangan mata.Ya,kita tak nampak pahala dan dosa,syurga dan neraka tapi bermakna ia tidak benar,kan?

Kerana Allah janji Dia akan balas setiap perbuatan kita,baik ataupun buruk,untuk galakkan kita lebih banyak beribadah dan buat kebaikan.Tapi,sebab balasan yang diberi tidak berupa hadiah yang mahal dan ekslusif mahupun hajat yang kita inginkan,kita mudah lupa dan hilang kepercayaan.

Itulah iman bersifat materialistik.

Oh.Kalau begitu benarlah kata orang tentang iman manusia terhadap manusia lebih tinggi dari Tuhan.
Tapi

Iman manusia terhadap objek keduniaan yang diingini adalah lebih tinggi dari segalanya.Untuk iman seperti ini,makanannya hanyalah TAMAK.

Kalau nak tingkatkan keimanan terhadap Allah melalui makanan rohani,seperti beribadah,
Maka santapan 'rohani' buat si mukmin materialistik adalah ketamakan yang menggunung tinggi.

Hah.Manusia kerap alpa.Tak apa lepas jatuh kita bangkit.Move on,katanya

Indahnya bicara! Lebih indah kalau bukan sekadar kata-kata.Kosong.Janji tiada makna.

Itu janji pada diri.Pada Tuhan.

"Ibadah bukannya boleh bagi untung sekarang pun.Nanti kat akhirat baru rasa.Baik habiskan kerja yang menggunung tinggi ni.Takpe,Allah kan Maha Penyayang.Dia mesti faham hamba-Nya ni.."

"Oh,aku bukannya nak skip solat! Aku cuma nak buat nanti je.Kecohlah kau."


"Ala,kau takyahlah nak rushing sangat.Movie kau tinggal setengah jam je lagi,nanti habis baru kau solat.Bertangguh kan tak elok.Lagipun bila lagi nak dapat peluang??" bisik syaitan kepada telinga sang manusia yang tersumbat.Disumbatkan dengan kelalaian.

Oh tak apa.Allah kan Maha Pengampun.

Manusia memang gemar cipta alasan.Akal yang diberikan memang untuk dianugerahkan untuk digunakan bagi mencipta alasan bagi membela dosa agar nampak biasa.Hias maksiat agar nampak cantik.Itu memang tugas syaitan.

Tapi,nampak gayanya manusia juga boleh menggalas tugas tersebut dengan amat baik.So,manusia ni macam syaitan ke? Entah.Bergantung pada cara kau melihatnya.

Bunyi macam kasar,kan.Tapi benarlah,reality hits us hard.Hipokritnya kita hanya bila depan member2,depan parents.

Lagi parents si dia kan

Baik budak ni,kan.Tak menyesal ambil jadi menantu.Menantu mithali!

Hah,iman menggunung tinggi.Tu kau dapat lagi! Material keduniaan yang berlandaskan nafsu kau yang tamak haloba.

Nak lagi.Nak lagi.NAK LAGIII!

Dia dah bagi kau semua.Kau je rase tak cukup.Hebatkan manusia.Sangat kecil pada hakikatnya tapi impiannya untuk memilik segalanya.

SEGALANYA.

biar kaut semua keuntungan,biar aku jadi paling kaya HAHA!

Seram kan bunyinya? Manusia dah tak berupa manusia.Tak bunyi macam manusia dah.Itulah titik permulaan hilangnya sifat kemanusiaan.

Dah tak cukup,nak jadi pencabut nyawa pula?

OH.Selagi disuap,selagi tu 'iman'nya menggunung tinggi.

Akhirnya hilang rasa berdosa,khayal dengan dunia.Akhirat bila?

"Oh,aku mati lama lagi kut.Apa ada hal,ibadah aku dah cukup kot.Solat 5 waktu,puasa tak pernah miss,sedekah,haih tak pernah kurang,hmm,apa lagi?Dah la tu.Cukuplah.Berapa banyak lagi aku kena buat? Penat !"

Oh.Kesian.Penat,katanya.Lantang betul dia berbicara.Ibadah sudah cukup baginya.

Ingatlah sayang,manusia dimasukkan ke syurga bukan kerana banyaknya ibadah dan amalan semata,itu hanya kiraan sampingan.Orang kata,bonus.

Manusia masuk syurga semuanya kerana redha Allah.

Orang tak banyak ibadah,tapi dia tak pernah sombong dan dia cuba untuk perbaiki dirinya tapi tak sempat di tengah jalan.Boleh jadi Allah lagi redha dia,daripada orang yang beratus tahun beribadah tapi sombong dan terlalu selesa.

Wallahua'alam.Ibadah orang,hubungan dia dengan Allah hanya Allah layak untuk menilai.

Haih.Kalau at least one day tadabbur Al-Qur'an mungkin dia akan lebih mengerti.

However.

Start slowly.Jangan terburu-buru.Merangkak sebelum bertatih.Bertatih sebelum berjalan.Berjalan sebelum berlari.

Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun

Dia akan tunggu.Sentiasa tunggu hamba-Nya untuk patah balik bila sesat jalan.Patah balik ke Dia.Mula balik.

Ya,jangan risau.Kalau tak sempat pun,itu suatu jihad.Allah kan dah janji.Janji Allah kan pasti.

Asalkan selepas sedar,terus bergerak.Hidayah susah nak datang kat kita bergolek.

Akhirnya Allah lebih tahu kan.Perubahan itu jihad yang membawa makna dan kesan pada hati.Ya,ia bersifat sementara kerana Allah cipta hati manusia ni berbolak-balik.So cara untuk kekalkannya adalah by contacting with Allah from time to time.

And that is by reading the holy Qur'an Allah gave us.All of us.

Sikit-sikit,tak apa.Asalkan yang sikit tu benar-benar murni.


Saturday, 27 May 2017

perancangan ;






Bismillahirrahmanirrahim


Tutup mata.Tarik dan hela nafas.

Oh aku masih bernyawa.Dan hari ini adalah 1 Ramadhan 1438  // 27 Mei 2017.
Allah masih beri aku kesempatan,menggerakkan otot-otot,jantung berdegup,paru-paru memproses oksigen,badan bergerak,otak berfungsi sempurna.

Apa lagi yang kelihatan tidak cukup? Setelah semua yang diberi,alam semesta terbentang luas untuk dijelajahi,bumi untuk dihuni,adalah no frequirement of payment.

Okay mukaddimah? Done.

Surely takdelah berkaitan sangat but never mind.
Okay!

So,my life? Going on well till now.Ex-samtenian.Now pelajar MRSM Muar.


Oh kenapa pilih sekolah yang tak ada bi'ah dini? Yang menerapkan dan mendidik agama.Kenapa bukan sekolah agama? Ruginyaaa lah pindah dari sekolah agama.


Di sini saya akan menerangkan segalanya.Kenapa saya pindah? Paling penting kenapa di situ?

Pertama kali terfikir untuk pindah adalah lebih kurang beberapa bulan sebelum PT3 tiba.Pertama,ya memang saya ada seorang kawan lama di situ.But,well that's not actually the main reason of me going there.

Saya nak buktikan sesuatu.

Masyarakat zaman sekarang terlampau sempit pemandangannya.Semua mentaliti mereka kebanyakannya adalah bergantung pada stereotaip yang seringkali disampaikan dari mulut ke mulut,kadang kala kesahihannya menjadi tanda tanya.

Stereotaip apakah yang saya cuba maksudkan ini? Oh.

Stereotaip mengenai bahawa hanya budak sekolah agama yang berakhlak mulia,yang betul-betul menjaga.Jika mahu cari menantu alim,lagi menyejukkan mata,baik cari di sekolah agama.Dan,environment di sekolah bukan sekolah agama,yang tidak menjadikan pelajaran agama sebagai mata pelajaran terpentingnya,dipenuhi dengan pengaruh-pengaruh buruk.

Yalah.Tiada siapa yang ingin menjaga.Oleh itu,tiada siapa yang ingin dijaga.

Ya,seperti 'masyarakat zaman sekarang' itu,saya juga punya pemikiran yang sama.Mesti ramai bermaksiat di sana sini ataupun pergaulan yang terlalu bebas berlaku di mana-mana,tambahan pula guru-guru yang mungkin lansung tak ambil peduli.Tak apa,asalkan pelajar-pelajar aku dapat markah terbaik untuk subjekku.

Tapi,pandangan saya meleset setelah saya melihatnya sendiri.Oh mungkin situasi berbeza di sekolah berbeza,tapi,well you get it,right.

Ya,ia bukan bi'ah islamiyyah seperti di sekolah agama,tapi saya mempelajari lebih banyak amalan yang diamalkan berbanding di sekolah lama saya.

Sebagai contoh,membaca tasbih kifarah setiap kali selepas kelas,dan setiap kali membaca doa mesti menghadap kiblat.

Bukan nak membandingkan.Ya islamiknya di sekolah agama adalah lebih tinggi berbanding di mrsm tapi,apa yag cuba saya sampaikan adalah keadaan di sekolah seperti ini tidak seteruk sperti yang dijangka semua.

Hence,
Saya ingin buktikan bahawa saya takkan mudah terpengaruh.Bukan nak kata iman kuat.Tidak,iman saya mungkin tak sekuat,tak seutuh kalian.

Apa yang ingin saya bawa adalah dakwah.

Hijrah dan dakwah.

Dan nak biasakan diri dengan situasi di mana masyarakat tidak begitu,secara tegasnya,menjaga.Saya mengaku memang agak kekok.Sangat kekok pada mulanya.

"Aisyah,aku nak ingatkan kau,kat sini tak sama macam kat sam10," seorang sahabat berkata.

Ya,sukar nak biasakan dengan keadaan sebegitu.

Orang itu sangat baik.Saya tak pernah sangka dia sebenarnya ber'couple'.Orang itu sangat baik,saya tak sangka dia tak menjaga kata-kata.Orang itu sangat baik,saya tak sangka dia menipu saya.

Semua mempunyai definisi 'baik' masing-masing.Begitu juga saya.

"Aku nak jadi baik!"

Sejauh mana dan apakah makna 'baik' dalam kamus hidup kita?

Oleh itu,saya tidak mahu mudah terpengaruh.Saya punya misi,dan misi tersebut memerlukan strategi demi pelaksanaannya

Saya simpan dalam-dalam dahulu,perasaan yang membuak itu.Saya harus sedar pada realitinya,saya pelajar baru,mereka belum kenal saya.(Well,seperti mana 01 phoenix di sam10 hadap dengan perangai saya ketika di sana hikhik).Jadi saya ingin bina ikatan yang kukuh dahulu.

Sebelum perancangan itu dijalankan.Eveything orchestrated shall click in place one day.

Saya tak nak semua orang benci saya sebelum saya dapat memulakan rancangan tersebut.Oh,musnahlah plan saya kalau begitu!

I appear as happy as I could..plus a dash of weirdness.

Saya menjadi orang yang sangat berbeza di maktab,berbanding di rumah dan ketika di sam10 dahulu.Saya lebih suka perhatikan sekeliling,bermonolog pada diri berbanding meluahkannya kepada orang lain.Saya berubah menjadi seseorang yang kurang moody,sebab saya sedar betapa annoyingnya melihat orang yang muka sentiasa masam tak kenal tempat dan masa ni.

Saya benci kurang gemar tengok orang macam tu.Emosional tak mengira tempat,situasi dan masa.So,kalau saya tak suka orang sebegitu (#keladak bak kata maklong) semestinya orang lain lebih tidak suka sekiranya saya turut menjadi sebegitu.

Muka ketat je sepanjang masa.

Saya mempunyai riak wajah yang serious setiap masa yang memang sangat sukar untuk diubah.Tetapi,saya cuba untuk senyum kepada semua orang yang saya jumpa.Mereka mungkin ada isu dengan orang lain,kawan-kawan saya ada yang membencinya,tetapi dia tidak pernah ada isu,or buat salah besar pada saya.

Oleh itu,pada saya dia tidak layak untuk mendapat layanan buruk dari saya. (And seriously speaking,no one,I mean NO ONE wants that layanan buruk from Aisyah Rizal #sajejecakap)

Saya hanya akan aktifkan mode kejam saya hanya apabila situasi sudah kritikal.Saya memang nampak lemah dan mengikut telunjuk orang sentiasa,tapi perkara yang paling saya tak benci adalah apabila dipijak kepala.

There's a hidden,isolated switch in my head in which you dare to do that,that switch will flip,and it will never be flipped back to normal.

Saya ambil masa 2 tahun untuk bina pendinding kesabaran yang benar-benar utuh dan berkualiti agar perkara yang tidak diingini berlaku lagi.Cukuplah saya sakitkan orang.Saya kadangkala pandang dari saya seperti raksasa di sebalik topeng.

"Jangan cakap dengan mereka atau endingnya mereka akan sakit,kau tak serik lagi ke?,"saya kerap bermonolog.

Tapi saya tak nak itu halang dakwah saya.Perancangan saya akan tetap berjalan,apabila masanya tiba.

Ya,saya tidak sempurna.Ada berjuta lagi orang lain kat sam10,kat maktab,kat seluruh dunia yang jauh lebih baik dari saya.

Tapi post saya pada hari ini bukan kerana saya nak tunjuk baik.

"Oh,minah ni nak berdakwahlah kononnya,post kat blog dia.Bagi orang tahu."


Hah.Ya Allah,bersihkan hati hamba-Mu dari penyakit hati.I'm telling people out there,clarifying to make them understand.


Saya tak sepopular sesetengah orang.Saya mungkin tidak dikenali pun,dan perancangan yang saya ingin jalankan ini bukan untuk meningkatkan populariti saya.Saya cuma nak sumbang usaha yang pada hakikatnya sebesar mikro ni untuk agama Allah.

Ia sangat kecil,tak bawa nilai sangat pun.Tapi saya nak cuba membantu seberapa boleh,semana mampu.

Slowly,slowly.Jangan rushing! Jangan kibut!

Tak kira jawatan apa yang bakal saya ambil kelak,saya tekad untuk tetap meneruskan rancangan ini.
Saya harap semua yang membaca post ini akan mendoakan saya agar saya takkan berubah ke arah keburukan dan tetap tekad.


Maaf andai ada kata saya yang kasar atau tidak memuaskan hati semua.Selamat menyambut Ramadhan and selamat berpuasa ! #2k17









Tuesday, 31 May 2016

hati I ;

 

Assalamualaikum .

Allah cipta setiap manusia itu punyai hati.
Hakikatnya,hati sebenarnya hanyalah organ dalam sistem perkumuhan.

dan stereotaip mengatakan hati terletaknya di dada.

Namun,di situ terletaknya jantung yang hari-hari bekerja tanpa henti untuk kita.

Nevertheless,kita akan still fokuskan pada hati.Kat mana ia berada,biarlah.

Let's just leave things as it is,shall we?

Okay,done with the mukadimah (yang ntah pape -,-).Back to the topic.

Ya.Punya perasaan itu fitrah.Untuk semua hamba-Nya.Untuk semua manusia.
Tapi cara kita jaga hati yang Allah anugerahkan untuk kita,
adakah sekadar seperti seorang manusia biasa ? ataupun
seperti seorang hamba yang mengharap redha Tuhannya?

Manusia dan hamba.Sama tapi tak serupa.Ikut pada cara kau melihatnya.

Anyways,since saya ni perempuan,so,saya tujukan ini kepada semua kaum Hawa di luar sana.Remaja,khususnya.

Lumrah untuk kita ada crush.At least,slightly.Kamu mesti pernah tersuka seseorang walaupun kamu tahu dia tak pernah pandang kamu.Awak,mesti pernah terminat seseorang walaupun awak rasa awak tak layak untuk dia.Kau mesti pernah terpikat kat seseorang yang satu sekolah dengan kau.

Itu biasa.Niat kau yang sebenar adalah untuk belajar.Otak suruh belajar.Hati suruh layan.

Bila hati suruh layan perasaan tu,tu bukan lagi biasa.
Bukan juga luar biasa.

Kita sering ulangi dosa yang sama walaupun kita sudah tahu benda tu dosa.Kita selalu dengar syaitan akan hiasi maksiat sampai kita terpikat.Lalu tenggelam di dalamnya,

Tapi,andainya manusia itu sendiri yang menghiasi dosanya sendiri demi memansuhkan rasa bersalah di dada itu bagaimana? Husnuzhon. Mungkin dia tidak sengaja.

Ingatlah,first times are forgivable,Second times and above are considered-- on purpose.
Benda yang kita selalu dengar hati kita kata bila kita ada crush,

"Alahh,at least kau tak kontra dengan fitrah.Apa ada hal? Layan je dulu.Daripada kau suka perempuan,baik kau suka lelaki.Bukannya nak couple pun."

Well,okay.60% syaitan.40% kita.
Semua orang ada pilihan.Ya atau tidak.Nak layan atau taknak.Tapi,sayang,ramai pilih nak layan.
Namun tak kurang juga yang pilih untuk tidak layan.Choose wisely,my dear.

Selalunya,kalau dah sayang,sepenuh hati dia sayang.Kalau dah sepenuh hati diberikan kepada dia,macam mana pula dengan Dia? Muat lagi kah hati awak tu?

Hati tak flawless.

Dia akan tersangkut sendiri tanpa kita minta.Kita tak pernah minta nak suka orang tu.Entah macam mana perasaan tu datang sendiri.

Wahai Hawa,
ingatlah,lawan perasaan itu adalah jihad jugak.Dapat pahala ~ Lagi dekat dengan syurga.
So,sadhokan hati tu dan lawan !

(alahh,senang ah cakap.Nak buat tu susah.) Aippp,okay.Susah memang susah.Tapi,tak syoklah hidup smooth sailing.Jangan jadi malas dan selalu give in.Usaha kan tangga kejayaan.

Next.

Bayangkan.Crush kamu suka orang lain.
Balik rumah,hempas muka kat bantal.Menangis sampai tertidur.Punah harapan.
Truth hurts sometimes.

Tapi,apa kata kita tukar sikit?

Bayangkan.Crush kamu suka orang lain.
Balik rumah.Muhasabah diri.

"Allah saja nak tunjuk kat kau yang kau pandang dia lama sangat sampai kau lupa kat Dia.Mungkin Dia rindu sangat kat kau."
Bentang sejadah,sujud,menangislah sampai tertidur pun.
Perasaan yang sama.Situasi yang sam.Namun,cara yang berbeza.

At least adalah booster nak masuk syurga.Daripada nangis siang malam pasal lelaki yang belum pernah jadi milik kita.Then,move on.

Kalau move on ke benda lebih baik takpelah juga.Ni,pergi usha yang lain.
Awat tak serik lagi,sayang?

Jom move on dari jahiliyyah.Kata nak masuk Jannah.

So,kamu yang kena control hati.Bukan hati control kamu.

minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan kata-kata saya.
Nevertheless,input taken?












Saturday, 19 March 2016

penulis ;


Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Blog pun dah henshin.Tapi pemiliknya masih dalam perjalanan.In sha allah.

Nama diberi ; Nur Aisyah anak perempuan yang pertama Aliza and Md Rizal ~ kalau tanya pasal hobi, menulis dan crash course on some random stuff.Haha.Next! Dah besar nanti in sha allah nak jadi seorang doktor pakar psikologi~ yeay.

Start menulis time darjah 5.Menulis banyak membantu Sya sebenarnya.Sya kadang-kadang terlampau melebih-lebih dalam penggunaan bahasa asing (jangan salah faham,bukan bahasa korea ) sampai bahasa sendiri pun kelaut ~ 😂

Crush?
Dalam perspektif Sya,jangan habiskan masa remaja dengan crush la couple la etc.Sebab,okay buat mental calculation okay.Contohnya,awal sekolah menengah umur 13 tahun,pastu habis umur 17 tahun.Time umur kita 13 tahun atau time kita form 1 time tulah kita baru nak kenal kawan-kawan,rapatkan ukhuwah,tak kesahlah dengan senior atau dengan form sendiri.Pastu,start dah rapat time form 2.Pastu tinggal lagi,3-4 tahun je dapat lepak dengan kawan-kawan kat sekolah.Kalau bertuah,2 tahun je,pastu kena pindah.

Jadi,enjoy lah masa remaja tu dengan sahabat-sahabat kita.Join usrah ke,boleh tambah ilmu 😂.Enjoy tu bukannya maksudnya buat maksiat sama-sama.Tak.Maksud Sya,spend time sama-sama dengan kawan-kawan sebab tinggal 3 tahun je pastu ,percayalah.Lepas,spm nak jumpa kawan-kawan macam dulu,susah,sebab semua dah ikut haluan masing-masing.

Bayangkan kalau kita duk sibuk sangat dengan crush,dengan couple,bila je masa kita dengan kawan-kawan? Untuk belajar ? I mean,memanglah crush tu fitrah.Tapi tak perlulah fanatik sangat.Orang lain pun boleh naik meluat kot.

Bagi Sya,time remaja,sekolah menengah nilah paling best.Time nilah kita kumpul kenangan sama-sama.Ada crush tu boleh,tapi jangan lah melebih.Kadang-kadang ada antara kawan kita yang terasa ~ 

Crush tolak tepi dulu.Ilmu datang dulu.Jangan risau.Kalau banyak ilmu,banyak amal,kita boleh hidup and mati happily ever after jugak ~ tak guna lah,ada bf handsome,gf lawa,tapi ilmu dan hati kontang.

Sorry lah kalau ada orang tak boleh terima,tapi perspektif orang lain-lain , kan? Chill lah.


Now.I'm going to talk about dreams.

My dream is to be a professional debator who goes out of the country and debate for my country and religion.It's okay if I don't get to go overseas,but I still want to cherish all my debate moments.

Debate has been keeping me going all these years.I believe that every one of us must have our ups and downs. I am not an expert in debate myself.Nor did I say I have no passion in it.

I lost,I mean we lost for last year's kamil's debate,and many of the rounds from IDC 2015 and I have to admit,I was nearly to falling down at the time.But,there's this someone who indirectly gave me inspiration,friends and family that supports my dream had made me changed my mind.

Last word from me,inspirations are everywhere,you just have to find it yourself..Don't keep on checking the latest updates of others.How about check the latest updates in you.Even though you feel like falling,cherish your moments and don't let them go to waste.Cherish them so you can get back on track.

You were born to be a hero.If it's not for others,it's for yourself.

If you don't feel like that,then you're underestimating you.

Thats it from me.

Jangan pernah berhenti berdakwah.

-aisyahh_rizal